Semua patut hadir untuk nilai pandangan PH, kata Majlis Peguam

 

Semua pihak perku hadir untuk nilai pandangan PH menjelang PRU 14, kata Majlis Peguam.

Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi seharusnya di hadiri oleh semua rakyat negara ini tidak kira perbezaan fahaman politik, bangsa dan agama.

Pengerusi Bersana Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia, Mansor Saat berkata, himpunan yang dianjurkan Pakatan Harapan ini adalah mengikut Perlembagaan dan hak asasi manusia.

Katanya kebenaran yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSJ) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya adalah wajar dalam menegakkan hak asasi manusia dan menepati Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan yang membenarkan kebebasan bersuara dan berhimpun, mengeluarkan pendapat dengan tujuan yang baik dengan menjaga sensitiviti kaum, agama dan undang-undang negara adalah tujuan murni dalam sebuah negara demokrasi maka ia (himpunan rakyat) sepatutnya digalakkan.

“Aturcara yang berlangsung hari ini memaparkan bentuk perbincangan yang sihat antara pimpinan politik dan rakyat,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau hadir bersama dua lagi peguam hak asasi yang mewakili Majlis Peguam Malaysia untuk memantau perjalanan program himpunan diadakan hingga malam ini.

Mansor, wakil Majlis Peguam yang datang memantau perhimpunan.

Menurut Mansor lagi, apabila himpunan rakyat berlandaskan politik ini diadakan, ia akan membuka pemikiran rakyat terhadap isu-isu semasa politik tanah air dengan lebih jelas dan diterangkan secara terbuka oleh pemimpin politik

“Mungkin pemikiran orang ramai akan lebih mantap dan lebih baik untuk membuat keputusan lebih bermakna untuk masa depan negara dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 kelak.

“Kami komuniti hak asasi manusia memandang isu himpunan ini dengan tidak memihak sama ada pada kerajaan atau pembangkang.

“Selagi ia menepati Perlembagan Persekutuan dan Rukun Negara ia wajar diberikan ruang untuk rakyat berhimpun.

“Rakyat pula harus peka dan menghargai pihak penganjur yang secara tidak langsung berpegang kepada amalan hak asasi untuk bersuara dan mengadakan himpunan.

“Ini jelas menunjukkan pembangkang berpegang kepada Akta Perhimpunan Aman, Rukun Negara dan Perlembagaan ketika menganjurlan himpunan ini,”ujarnya.

Beliau turut berpandangan kerajaan dan rakyat keseluruhan perlu menilai mesej yang ingin di bawa oleh Pakatan Harapan.

“Pandangn kerajaan mungkin betul dan ada yang tidak betul.

“Kita ambil sebagai nasihat untuk pemerintah yang ada hari ini dan orang ramai menilainya.

“Tanpa himpunan sebegini orang ramai tidak dapat buat keputusan bijak. Perhimpunan begini adalah antara diskusi sihat diadakan untuk orang ramai membuat keputusan,” ujarnya.

Dalam tempoh lima jam lagi sebelum berakhirnya himpunan rakyat ini, beliau turut mengajak rakyat mengunakan hak asasi berhimpum untuk bersama mendengar ceramah-ceramah dan pameran berkaitan yang diadakan di Padang Timur Petaling Jaya yang akan berakhir pada jam 11 malam.

Sehingga jam 6 petang ini dianggarkan lebih kurang 5,000 orang membanjiri Padang Timur dan sekitarnya yang boleh memuatlan maksima 10,000 orang di dengan keluasan padang sedia ada.