Malaysia Dateline

Semua pemimpin AMANAH Kedah diarah sertai majlis pengumuman calon PH malam esok

AMANAH mengarahkan semua pemimpin dan petugas serta ahli-ahlinya di Kedah supaya mengabaikan sahaja satu surat arahan agar mereka memboikot majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di negeri itu malam esok.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad dalam satu kenyataannya kepada Malaysia Dateline berkata, surat itu adalah satu usaha untuk mensabotaj AMANAH di negeri itu.

“Saya harap semua abaikan sahaja surat itu. Saya anggap surat itu hanyalah satu usaha untuk mensabotaj AMANAH dan Pakatan Harapan di Kedah dalam pilihan raya kali ini,” kata Khalid kepada Malaysia Dateline.

Menurut Khalid, Ibu Pejabat AMANAH akan mengeluarkan satu surat arahan kepada pimpinan dan calon AMANAH Kedah agar menyertai majlis pengumuman calon Pakatan Harapan malam esok.

Poster majlis pengumuman calon PH Kedah.