Semua perlu bersama jelajah Deklarasi Rakyat di Kota Bharu 4 Mei ini, kata Husam

Semua perlu bersama jelajah Deklarasi Rakyat di Kota Bharu 4 Mei ini, kata Husam

Seluruh rakyat Kelantan dijemput bersama jelajah Deklarasi Rakyat yang dijadualkan di Kota Bharu 4 Mei ini yang bakal menghimpunkan pemimpin pelbagai latarbelakang bagi berkempen menurunkan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri.

 Gerakan Selamatkan Malaysia akan membangkitkan semua penyelewengan tidak kira peringkat nasional atau negeri kata Husam

Pengerusi gerakan Selamatkan Malaysia peringkat negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dalam sidang akhbar petang tadi mahu tidak ada pihak terkecuali dalam kempen ini kerana ia satu mercu tanda kesungguhan rakyat untuk menentang kemungkaran terbesar negara.

“Saya bersetuju dengan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa keadaan kepimpinan negara sekarang amat kronik dan boleh dikategorikan sebagai satu perlakuan jenayah,” katanya.

Perlu bersama ketepikan NajibAcara 4 Mei yang akan diadakan di bandar baru Tunjung itu menurut beliau akan melibat tokoh besar termasuk Tun Mahathir Mohamad, Dato’ Wan Adul Rahim Wan Abdullah, Mohamad Sabu, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Acara malam itu katanya bermula solat maghrib, solat hajat dan solat isyak sebelum acara kemuncak berjalan.

Oleh kerana Tun Mahathir akan berucap awal kerana jadual ketat, beliau mengingatkan orang ramai supaya sampai ke tempat program lebih awal.

“Ini acara jelajah deklarasi dan bukannya penamat kempen Selamatkan Malaysia.

Kempen tandatangan deklarasi akan diteruskan hingga matalamat yang dirancang berjaya,” katanya.

Rancangan selepas tandatangan deklarasi menurut beliau ialah seluruh rakyat akan diminta membuat laporan polis terhadap penyelewengan yang dilakukan Najib.

“Dengan segala dokumen dan bukti tersedia seperti laporan audit dan laporan PAC membolehkan semua orang boleh membuat aduan polis terhadap jenayah besar melibatkan wang rakyat,” katanya.

Najib perlu diganti walau apa cara punSelain membincangkan penyelewengan peringkat negara, beliau berkata isu-isu penyelewengan peringkat negeri akan turut dibangkitkan.

“Isu pembalakan tak terkawal akan terus kita bangkitkan kerana merosakkan ekosistem, tiada kawasan tadahan air, sumber air terjejas, kemarau panjang dan banjir besar yang berlaku akibat perkara ini,” katanya.

Banyak soalan yang beliau bangkitkan kepada kerajaan berkenaan pencerobohan hutan simpan kelihatan diambil mudah dengan penguatkuasan lambat sedang dalam dunia teknologi maju sekarang sepatutnya segalanya boleh dikesan awal.

“Mengapa macam tak boleh kuatkuasa, macam ada sesuatu yang tak kena,” katanya.

TAGS