Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Semua pihak harus hormati kearifan Agong, kata Mohamad Hasan

Semua pihak harus hormati kearifan Agong, kata Mohamad Hasan

BernamaFebruary 28, 2020 3:44 pm




Kemelut politik yang sedang melanda Malaysia ketika ini perlu diselesaikan segera, demikian kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sudah sampai masanya untuk perkara berkenaan diserahkan kepada kearifan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ini seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan (Persekutuan) bagi memberikan jalan keluar dan melakukan yang terbaik untuk Malaysia. Parlimen Malaysia bukan forum untuk melantik PM (Perdana Menteri).

“Semua pihak harus menghormati kearifan Yang di-Pertuan Agong dan tidak mendahului Tuanku dalam apa jua keadaan pun. InsyaAllah kebijaksanaan Baginda akan kita jadikan pedoman dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada Isnin (2 Mac) bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu.

Dr Mahathir berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production