Semua pimpinan utama AMANAH Kedah menang

Dr Ismail berjaya membawa kemenangan kepada semua tokoh AMANAH Kedah.

Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi AMANAH Negeri Kedah menang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundor selepas mendapat sebanyak 11,578 undi.

Beliau menewaskan calon Pas, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi yang memperolehi sebanyak 9088 undi.

Manakala calon BN pula Abdul Halim Said hanya mampu meraih sebanyak 6524 undi.

Timbalan beliau, Datuk Ir Phahrulrazi Zawawi menang bagi kerusi Dun Alor Mengkudu setelah mendapat sebanyak 8840 undi.

Beliau menewaskan calon Pas Ahmad Yahya yang memperolehi sejumlah 6964 undi dan calon BN Abdul Malik Saad yang mendapat sebanyak 6434 undi.

Sementara itu bagi Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris pula menang di Kubang Rotan apabila mendapat undi sebanyak 14004 undi.

Beliau berjaya mengalahkan calon Pas, Omar Saad yang memperolehi sejumlah 7303 undi dan calon BN Abdul Muthalib Harun yang mendapat sebanyak 7469 undi.

Naib Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dr Salmee Said turut berjaya mendapat kemenangan apabila mendapat sejumlah 7265 undi bagi kerusi Dun Kota Siputeh.

Beliau mengalahkan calon Pas, Mohd Rejab Md Akhir yang memperolehi sebanyak 5798 undi serta calon BN Ahmad Azhar Abdullah yang mendapat sebanyak 5795 undi.

 

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS