Malaysia Dateline

Semua sekolah di Zon Merah di Sarawak tutup 14 hari mulai esok

Semua sekolah yang berada dalam kawasan Zon Merah di Sarawak diarah tutup selama 14 hari bermula esok.

Perkara itu telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu sidang media di Kuching hari ini.

Katanya, penutupan itu adalah berikutan kes positif Covid-19 yang dicatakan di negeri naik mendadak dalam tiga hari ini.

“Kita nampak terdapat jangkitan di kawasan sekolah yang boleh dijangkiti kepada ibu bapa atau ibu bapa yang menjangkiti kepada anak sekolah.

“Dan…ada pula guru yang menjangkiti anak sekolah. Maka, demi kesihatan anak dan juga masyarakat, Kerajaan Negeri Sarawak telah memutuskan untuk menutup semua sekolah di kawasan Zon Merah,” ujar beliau.

Kelmarin, Sarawak telah merekodkan jumlah harian kes positif tertinggi iaitu sebanyak 960 manakala semalam jumlah yang dicatatkan 508.