Senang betul nak buang pasir, rendam sahaja lala dalam air ni…

Oleh MALAYSIADATELINE

Bagi peminat makanan laut terutamanya lala pastinya tahu kalau salah cara, bila makan akan rasa berpasir lagi.

Untuk pengetahuan semua lala ini tergolong dalam kategori makanan laut berkerang (shellfishes) dan antara sumber laut yang kaya dengan zat besi jenis ‘HEME’

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang menjelaskan zat besi jenis ini membantu penyerapan yang lebih baik berbanding dengan ‘NON-HEME’ daripada sumber tumbuhan.

Malah lala juga kaya dengan mineral seperti vitamin B12 yang membantu penyerapan zat besi dalam proses pembentukan sel darah merah dan ZINC untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ikuti perkongsian pengguna media sosial, @alyaimani21 tentang cara nak rendam lala agar tidak berpasir.

Tip hilangkan pasir dari lala

“Rendam sahaja dengan air bercampur garam selama 30 minit, pasti tak berpasir lala, untuk remis tu bila di masak nanti.

Bahan-bahan:

  • Air
  • Lala
  • Cili Padi
  • Garam

Cara-cara:

1. Sediakan satu bekas dan masukkan lala ke dalamnua.

2. Isi air sehingga tenggelam ke semua lala.

3. Tambah satu sudu kecil garam ke dalam air berisi lala.

3. Potong kecil-kecil cili pada dan masukkan ia.

Kaca-kacau dan biar ia direndam sekitar 10 ke 15 minit.

6. Lala akan terbuka dan pasirnya juga tiada.

Selamat mencuba!

Baca juga: Lelaki terkejut dapat nasi lemak kosong, rupanya sambal, telur dan ikan bilis dijual asing