Ramai sebenarnya tak makan daging lembu atau kambing sebab tak tahan bau hamis, sebenarnya ada cara senang nak buang bau tu.
Biasalah kalau pergi kenduri dengan daging banyak, memang tak sempat nak hilangkan bau hamis tu.
Tapi kalau nak masak dekat rumah guna sahaja cara dikongsikan oleh portal MyResipi ini, senang untuk dijadikan panduan.
Cara hilangkan bau hamis daging segar
Bahan-bahan:
- Daging
- 3 sdb tepung gandum
- 2-3 helai daun nangka
Cara-caranya:
- Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
- Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga 1 jam.
- Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam juadah anda.
- Hasilnya, daging tidak akan berbau malah lebih cepat empuk bila ingin memasak juadah yang diinginkan.
Cara hilangkan bau hamis daging kambing
Bau hamis daging kambing pula biasanya dihasilkan oleh lemak dan juga myoglobin – sejenis cecair merah yang selalu dianggap darah.
Ikuti petua dikongsikan Roslan Mamak Haji menerusi akaun Facebook.
Cara-cara:
- Peram semalam dengan pes halia, bawang putih, yogurt dan rempah kari daging. Simpan dalam peti sejuk.
Cara lain:
- Ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan ramas dengan sedikit air. Kemudian toskan.
- Curahkan air yang ditos tadi di atas daging dan ramaskan. Biarkan sekejap dan bilas beberapa kali.
- Tumbukkan sedikit halia dengan bawang putih dan perapkan pada daging seketika. Kemudian cuci bersih dan masak seperti biasa.
Ha! Lepas ini jangan bagi alasan tak reti hilangkan bau hamis daging asbab tak nak memasak di rumah, guna tip ini mesti senang.