Senang rupanya nak buat sos bawang putih ala kedai Pak Arab, buat kat rumah lagi jimat!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka makan nasi arab di kedai pastinya terbiasa dengan sos bawang putih yang terhidang bersama.

Sos tersebut dikenali sebagai toum atau toom dan sangat terkenal di kawasan timur tengah.

Rasanya adalah lebih kepada rasa bawang putih yang kuat dan krim lembut, sesuai sangat untuk dimakan bersama ayam panggang atau shawarma.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan pengguna Facebook, Afiqah Hairi.

“Selamat tinggal, mayonis. Sejak saya tahu cara membuat sos bawang putih ini sendiri, nampaknya saya tidak akan membeli mayonis lagi.

“Tambahan pula, saya memang peminat tegar bawang putih. Peminat nasi Arab pasti tahu betapa sedapnya sos bawang putih ini.

“Saya buat sendiri dan teksturnya sama seperti mayonis. Rasanya juga 99.99% sama dengan sos bawang putih di kedai Arab.

“Nikmat dimakan dengan roti, ayam, nasi, atau shawarma. Jujurnya, sos bawang putih ini lebih sedap daripada mayonis. Bahan-bahannya juga mudah dicari di rumah.”

Resipi garlic sauce (sos bawang putih) ala kedai Pak Arab

May be an image of dessert

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 sudu besar gula
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)
  • 1 sudu teh madu – optional

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas dan cincang halus bawang putih.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur dengan garpu sehingga rata.
  3. Tambahkan cuka epal, jus lemon, gula, garam, dan lada hitam ke dalam telur. Gaulkan bahan-bahan ini sehingga tercampur rata.
  4. Masukkan bawang putih yang telah dicincang ke dalam campuran telur. Kacau rata.
  5. Panaskan minyak jagung dalam satu bekas secara perlahan-lahan di atas api sederhana.
  6. Semasa minyak sedang dipanaskan, masukkan campuran telur, cuka epal, dan bawang putih ke dalam minyak. Kacau secara berterusan sehingga campuran ini mula mengelembung dan menjadi pekat.
  7. Selepas itu, masukkan minyak jagung secara perlahan-lahan sambil terus mengacau campuran. Pastikan untuk menyatukan minyak dengan campuran telur dengan perlahan-lahan agar sos tidak terpisah.
  8. Teruskan memasukkan minyak dan kacau sehingga campuran menjadi pekat dan konsisten.
  9. Selepas mencapai kepekatan yang diinginkan, matikan api.
  10. Tambahkan madu (jika menggunakan) dan kacau lagi sehingga tercampur rata.
  11. Sos bawang putih siap disajikan. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kalau buat ni ‘confirm’ ramai berebut! Wanita kongsi resipi ‘kepak ayam pedas manis’