Bagi para pemandu yang kurang arif dengan kenderaan dipandu pasti risau akan keadaan tayar, bimbang tidak sedar sebenarnya sudah haus.
Rupanya ada cara senang untuk tahu keadaan tayar anda hanya dengan menggunakan duit syiling 10 sen.
Seharusnya pemandu perlu lebih peka akan keadaan tayar kerana ia adalah bahaya untuk memandu dengan tayar haus, apatah lagi dalam keadaan hujan.
Cara untuk memeriksa bunga tayar menggunakan duit 10 sen tidaklah sukar, malah ia menyenangkan untuk kaum hawa memeriksanya.
Seorang pengguna TikTok, @abangcomot berkongsi tip mudah untuk menyemak sama ada tayar kereta anda haus atau tidak.
Menurutnya, cara untuk memeriksa kedalaman bunga tayar adalah dengan menggunakan duit syiling 10 sen.
1. Langkah pertama ialah mencari lambang segi tiga pada bahagian tayar.
2. Kemudian, letakkan duit syiling di dalam jalur bunga tayar secara menegak.
3. Jika perkataan “Malaysia” tenggelam, ini bermakna kedalaman bunga tayar masih mencukupi.
4. Namun, jika perkataan “Malaysia” tidak kelihatan, ini menandakan bunga tayar sudah haus dan tayar perlu diganti.
Jika tayar sudah haus cepatlah berkunjung ke kedai tayar berdekatan untuk menukarnya bimbang jika dipandu dalam cuaca tidak elok, boleh bahayakan nyawa ramai orang.
Baca juga: Netizen indo terkejut proses miliki kereta di Malaysia sangat mudah tak macam Indonesia