Senang rupanya nak kupas telur rebus! Guna dua bahan ini sahaja masa tengah masak

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah bila anak semua balik masa cuti sekolah, mula rasa nak masak nasi lemak, mee kari, semua kena guna telur rebus pula.

Rupanya ada cara senang nak kupas telur rebus ini, cantik sahaja rupanya dan tak ambil masa lama.

Kadang-kadang putih telur ini akan melekat di kulit, dah jadi tak cantik bila orang nak makan nanti.

Tip ini dikongsikan Waheeda Basiron untuk rebus telur supaya mudah dikupas, licin dan tanpa cacat cela.

Telur mudah dimasak, kaya pelbagai khasiat

1. Basuh telur

Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. (Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.)

2. Masukkan garam dan minyak masak

Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya, masukkan dua bahan ini :

  • sesudu garam
  • sesudu minyak masak

3. Rebuskan

Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10- ke 5 minit atau sehingga air menggelegak.

4. Rendam dan kupas

Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa.

Telur pun cantik dan mudah dikupas, jangan risau garam tersebut tidak akan memasinkan telur yang direbus.

Baca juga: Tak sampai sejam beli Proton X50 baharu, kereta dah tenggelam dalam banjir, nasib baik terdetik ambil perlindungan