Malaysia Dateline

Senarai 17 kerusi DUN bertembung PN, BN, PBS

Walaupun berada dalam satu gabungan tetapi 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikn pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Paling banyak berlaku antara BN dan PBS dengan sembilan kerusi masing-masing di Matunggung, Tandek, Kadamaian, Tanjung Aru, Kapayan, Lumadan, Melalap, Telupid dan Karamunting.

Sementara itu, dua tempat lagi masing-masing di Paginatan dan Tulid bertembung antara PN, BN dan PBS.

Selain itu, terdapat juga pertembungan antara PN dan BN di Sook manakala PN dan PBS di Moyog, Tambunan, Bingkor dan Liawan.

Berikut senarai 17 kerusi DUN yang bakal menyaksikan bertembungan sesama sendiri antara BN, PN dan PBS:

N02 Bengkoka – Umno lwn PBS
N05 Matunggong – PBRS lwn PBS
N07 Tandek – PBRS lwn PBS
N11 Kadamaian – PBRS lwn PBS
N22 Tanjung Aru – Umno lwn PBS

N25 Kapayan – MCA lwn PBS
N26 Moyog – Star lwn PBS
N34 Lumadan – Umno lwn PBS
N38 Paginatan – Umno lwn Star lwn PBS
N39 Tambunan – Star lwn PBS

N40 Bingkor – Star lwn PBS
N41 Liawan – Star lwn PBS
N42 Melalap – Umno lwn PBS
N44 Tulid – Star lwn PBRS lwn PBS
N45 Sook – Star lwn PBRS

N47 Telupid – Umno lwn PBS
N54 Karamunting MCA lwn PBS