Senarai 18 nama keluar Umno, adalah rahsia, kata Shahidan

Senarai 18 nama keluar Umno, adalah rahsia, kata Shahidan

Wujud senarai 18 nama pemimpin Umno yang bakal meninggalkan parti, dua daripadanya menjadi kenyataan, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tidak menolak kemungkinan itu, beliau sebaliknya enggan mendedahkan nama dalam senarai berkenaan kerana perkara tersebut “rahsia”, lapor Berita Harian.

“Pemimpin ini dari semua negeri,” kata wakil rakyat Arau yang juga bekas pengerusi Umno Perlis.

“Ini pun khabar angin..walaupun khabar angin dari 18 nama dua daripadanya betul iaitu Tok Pa (Datuk Seri Mustafa Mohamed dan (Datuk Seri) Anifah Aman”.

Menegaskan tiada ajakan keluar parti dan beliau tidak mengajak sesiapa keluar Umno, Shahidan “tidak perasaan” sama ada namanya ada dalam senarai itu.

Namun, beliau menasihati mereka yang meninggalkan parti supaya “keluar sahaja” dan “tidak perlu komen pasal Umno”.

“Lebih baik lepas keluar berhenti sekali jadi ahli parlimen kerana rakyat memilih Umno dan Barisan Nasional pada waktu anda menang,” katanya.

Semalam, Mustapa ahli parlimen Jeli,mengumumkan keluar dari parti ekoran hala tuju Umno yang didakwa tidak selari dengan perjuangannya.

Hari ini, Anifah Aman, juga mengambil langkah serupa tetapi menegaskan keputusannya atas kerelaan sendiri.

COMMENTS

Wordpress (0)