Senarai duit Syiling Malaysia paling mahal dijual, ada yang cecah RM700K!

Oleh KIM SYAZIE

Siapa menyangka duit syiling lama boleh dijual balik pada harga lebih tinggi namun bukan semua bernilai, ada beberapa faktor yang menyebabkan ia mahal.

Antara faktornya adalah sejarah, low mintage (jumlah pengeluaran atau tempaan yang sedikit) dan juga kondisi duit syiling tersebut

Tahukah anda, duit syiling Malaysia antara yang paling mahal dijual, ada nilai cecah RM700k sekeping.

Di bawah adalah senarai nilai duit syiling lama dijual menurut artikel MHdaily.

Syiling pattern Malaysia 1966 dilelong RM743,731

Senarai duit Syiling Malaysia paling mahal dijual, ada yang bernilai RM700K satu

Pada 10 Mac 2015, Syiling pattern Malaysia 1966 yang dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura berjaya terjual pada harga SG$210,000.

Jumlah keseluruhan termasuk premium pembeli sebanyak 15 peratus adalah SG$241,500 atau RM743,731.

Set 10 keping duit syiling yang dilelong sebagai lot 247 didalam acara lelongan keenam Collectibles Auction Asia.

Ini adalah sebahagian daripada rekabentuk yang dihasilkan oleh peserta Pertandingan Mereka Syiling Kebangsaan yang di anjurkan oleh Arts Council of Malaysia bagi Pihak Bank Negara Malaysia pada awal tahun 1966.

50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846

Pada 4 Oktober 2014, duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini.

Pembeli duit syiling itu adalah seorang pengumpul dari Singapura.

50 sen 1969 Milled Edge PCGS MS 66 dilelong RM73,193

Senarai duit Syiling Malaysia paling mahal dijual, ada yang bernilai RM700K satu

Syiling pruf Malaysia keluaran khas terjual RM69,587

Hew Weng Kai

Pada 8 Oktober 2016, set Duit syiling pruf Malaysia keluaran khas yang diberikan kepada kakitangan Bank Negara Encik Hew Weng Kai (1958-1985) telah terjual pada harga RM69,587 (termasuk premium pembeli).

Sehingga ke hari ini, hanya ada lima set syiling pruf Malaysia keluaran khas yang telah direkodkan.

Set syiling pruf itu mengandungi:

  • Sekeping syiling 5, 10, 20, 50 sen copper nickel peruf dan 1 sen copper peruf tahun 1967.
  • Sekeping syiling 1 Ringgit 1971 copper nickel peruf.
  • Sekeping syiling peringatan 5 Ringgit copper nickel peruf Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
  • Sekeping syiling peringatan 1 Ringgit peruf perak 10 tahun Bank Negara.
  • Sekeping syiling peringatan RM100 peruf emas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
  • Sekeping syiling peringatan 1 Ringgit copper nickel peruf 1972 Bandaraya Kuala Lumpur.

Syiling peruf Malaysia keluaran khas terjual RM66,568

Syiling peruf Malaysia keluaran khas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk anugerah perkhidmatan kakitangan keselamatan Bank Negara berjaya dilelong pada harga RM66,568 (termasuk premium pembeli) Pada 22 April 2016.

Set duit syiling peruf tersebut yang dilelong semasa Collectibles Auction Asia (CAA) Auction 7 dikeluarkan untuk Encik Abu Bakar Mat Daud.

Baca juga: