Senarai penuh kabinet diumum hari ini?

Senarai penuh kabinet diumum hari ini?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan sidang media pada tengahari hari ini di Putrajaya, mungkin akan mengumumkan senarai penuh kabinet bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kabinet Malaysia di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyaksikan seramai 28 orang Menteri dilantik berbanding 35 ketika era pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dijangka mengumumkan baki 15 lagi Menteri baharu pada bila-bila masa.

Sumber dipetik memberitahu kepada  Media Prima,  Menteri baharu yang akan diumumkan bakal menyaksikan empat wakil dengan masing-masing dua untuk Sabah dan Sarawak.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen mungkin akan dilantik menjadi menteri.

PH dianggotai empat parti utama iaitu PKR, Bersatu, Amanah dan DAP selain mempunyai kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sebelum ini, 13 Menteri tidak termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sudah dilantik.

13 menteri berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei lalu.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote