Senator MCA perlu lepaskan keahlian Dewan Negara, kata MP Kepong

Senator MCA perlu lepaskan keahlian Dewan Negara, kata MP Kepong

Lim Lip Eng

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa MCA melepaskan semua jawatan Senator di Dewan Negara kerana parti itu kini bertanding di atas tiket sendiri dalam PRK Balakong.

Lip Eng berkata MCA sepatutnya malu kerana menyandang jawatan ahli Dewan Negara atas tiket BN.

“Secara realiti apa yang kita nampak MCA bertanding atas logo parti sendiri dan bukan BN, tak malu ke masih pegang kedudukan senator berstatus BN,” katanya pada sidang media khas kempen calon PH Wong Siew Ki di Bilik Gerakan PRK Balakong hari ini lapor Sinarharian.

Menurutnya, Senator MCA mengangkat sumpah di Dewan Negara sebagai ahli Dewan Negara BN bukan atas nama MCA.

“Langkah terbaik yang perlu MCA buat ialah minta senator parti itu melepaskannya segera,” katanya.

Lip Eng turut mendakwa MCA selepas mengumumkan bertanding atas tiket sendiri pada PRK kali ini tidak boleh meneruskan ‘hidup’ keseorangan tanpa komponen BN yang lain.

“MCA kini hanya mampu hidup dengan memainkan memainkan politik bersifat kebencian dan perkauman,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)