Malaysia Dateline

Senator Pas anggap orang hasad promosi kelebihan secara percuma

Dikenali dengan hantaran Facebook yang diberi ‘jenama’, Catatan Dhuha, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad pagi tadi tampil dengan isu orang yang hasad.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berpendapat individu yang menaruh perasaan dengki sebagai mengetengahkan kelebihan orang yang dicemburuinya.

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang yang hasad kepada anda tidak lain adalah orang yang mempromosikan kelebihan anda secara percuma,” katanya.

Ahli Dewan Negara berkenaan sebelum ini beberapa kali memuatnaik gambar aksinya sedang memasak di dapur dalam kumpulan Facebook, ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’

Ekoran itu, sesetengah ahli kumpulan media sosial tersebut mengecamnya manakala sebahagian lagi termasuk dipercayai penyokong Pas memihak kepada Idris.