Aksi si cilik yang didakwa sendiri masuk ke dalam almari pakaian kemudian tutup dan akhirnya panik sendiri menarik perhatian orang ramai.
Warganet menyifatkan lumrah sebahagian kanak-kanak suka main sembunyi dalam almari tetapi selepas itu menangis apabila mendapati diri ‘terperangkap’.
Rakaman video yang dikongsikan AD Arif Fadzly itu mengundang ratusan komentar dengan antaranya berseloroh menganggap kebiasaannya kanak-kanak itu tidak akan serik.
“Percayalah dia insaf kejap je. Tak berapa jam nanti dia buat balik. Silap haribulan tak sampai berapa minit,” kata Siti Huzaimah.
Ada juga berpendapat detik-detik comel itu sebagai kenangan indah sebelum mereka menginjak remaja seterusnya dewasa.
“Pada saya enjoy saja nonton. Anak comel-comel. Buat ini sebagai memori usia anak waktu ni penawar hati ibu ayah,” tulis Ramlah Ahmad.
Ramai juga yang memberitahu anak mereka pun mempunyai ragam dan perangai yang sama.
“Rumah saya pun ada almari slide macam ni. Memang budak-budak kecil suka buka tutup sendiri. Anak saya pun sama perangai,” katanya yang mengakui terhibur saja dengan telatah anaknya itu.
Baca juga Merajuk tak dapat ganja, lelaki sanggup duduk atas bumbung sampai dua hari