Malaysia Dateline

Suasana pasar Keramat tidak semeriah dahulu apabila harga barangannya melambung

‘Sendiri naikkan, bila rakyat bantah, sendiri turunkan konon bukti kerajaan prihatin’

Orang ramai mengecam tindakan kerajaan membatalkan keputusan untuk menghapuskan harga siling ayam yang sepatutnya berkuat kuasa pada bulan depan.

“Sendiri naikkan, bila rakyat bantah, sendiri turunkan. Lepas tu dengan bangganya sendiri cakap ini bukti keprihatinan kerajaan. Ini taktik sudah biasa,” tempelak Suleyman Shah.

Tidak kurang juga yang berpendapat keputusan terbaru kerajaan itu ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-15.

“PRU nak dekat sudah, baru nampak PM prihatin,” kata Abdul Rahim Sharif.

Pendapat sama dilontarkan warganet malah menyifatkan Umno-BN jika mendapat mandat rakyat, tidak peduli pun kos barangan melambung.

Sementara itu, Man Lyemman pula menulis, “Skrip yang sama dimainkan semula. Dia buat dia batal dialah kononnya hero rakyat. Skrip lama dimainkan semula,” tulisnya.

Sehubungan itu, netizen mengingatkan kepada rakyat negara ini untuk tidak lagi memberi undi memenangkan BN-PN.

“PRU nanti minta maaflah untuk undi geng yang ada sekarang ini. Semua macam main wau, tarik lepas tarik lepas,” kata Razali Daud pula.