Sengaja abai tanda amaran, lelaki dikompaun selepas kereta terjatuh dalam lubang

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Pastinya ada sebab mengapa tanda amaran diletakkan di jalan raya, sebagai pengguna haruslah peka dengan tanda tersebut.

Namun pemandu sebuah trak pikap di California terjatuh ke dalam lubang selepas mengabaikan tanda amaran yang disediakan.

Dapat dilihat trak itu berada dasar lubang, walaupun tidak dalam tetapi masih menyukarkan proses untuk mengeluarkan kenderaan tersebut.

Perkara tersebut mampu dielakkan jika pengguna peka dengan keadaan sekeliling lapor New York Post.

“Kami tidak dapat membawa naik kenderaan itu, dan kejadian tersebut mampu dielakkan sepenuhnya.

“Tiada alasan. Papan tanda amaran yang diletakkan amat jelas, boleh dilihat dan tidak terhalang,” kata Peronda Lebuhraya California (CHP).

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, pemandu terbabit tetap dikenakan kompaun kerana mengabaikan papan tanda penutupan jalan.

“Jalan ditutup. Papan tanda dan pagar penghadang diletakkan secara strategik untuk keselamatan anda.

“Jangan memandu di jalan yang ditutup. Jika anda melalui jalan yang ditutup, sila berpatah balik dan cari laluan alternatif,” ujar CHP.

Demi keselamatan dan nyawa anda, patuhilah tanda amaran dan notis yang diberikan.

Baca juga: Pemuda persoal kenapa KFC tak buat Menu Rahmah, netizen jawab dah lama wujud cuma nama berbeza