Sengsara hidup antara dua darjat

Sengsara hidup antara dua darjat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Seorang ibu yang tidak berkemampuan di Kuala Lumpur terpaksa mencuri satu paket Milo kerana anaknya sangat berkeinginan minuman tersebut. Di atas aduan polis oleh pasaraya berkenaan ibu itu dipenjarakan dan didenda RM 200. Sebagai seorang ibu atau ayah kita amat bersimpati atas trajedi tersebut walaupun perbuatan itu salah.

Di Kuala Terengganu pula seorang peniaga kecil, yang juga saorang ayah, di Stesen Bas juga di tahan di ‘lock-up’-penjara kerana dikatakan cuba menghalang pihak berkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menjalankan tugas.

‘Kesalahan’ beliau ialah kerana cuba menghalang pihak berkuasa merampas kain rentang peniaga-peniaga kecil stesen bas yang membantah arahan pihak berkuasa berpindah dengan notis yang pendek kerana projek pengubahsuaian bebelas million ringgit.

Kedua dua kes ini ialah contoh trajedi yang menimpa masyarakat kita dihimpit tekanan kenaikan kos sara hidup yang berterusan. Cukai GST, kejatuhan ringgit, kenaikan sewa dan harga barangan serta kejatuhanjualan perniagaan serta peluang pekerjaan adalah faktor menyebabkan kesengsaraan ini semua.

Kisah ibu yang mencuri Milo telah banyak dilaporkan media olih itu saya memilih menceritakan kes ayah yang ditahan di lock-up kerana cuba membela nasib beratus peniaga kecil stesen bas yang dipaksa pindah dengan notis yang pendek. Peniaga peniaga stesen bas membantah perintah keluar disebabkan keadaan ekonomi penjualan semasa mereka yang sedang rugi bermasalah, tiada tempat peniagaan alternatif yang sesuai, kenaikan berlipat kali ganda lesen perniagaan baru baru ini olih Bandaraya, notis yang terlalu singkat dan kenaikan sewa yang tinggi selepas siap ubah suai.

Ini semua mereka akan alami dalam suasana ekonomi Negara dan dunia yang diramal akan menjadi bertambah lembab pada 2016 ini.

Disini saya sebagai Wakil Rakyat Parlimen menyoal pihak Kerajaan dan Berkuasa apakah peranan utama mereka menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat terutamanya golongan kurang mampu dan miskin ? Peniaga kecil dan kedai runcit banyak rugi di asak oleh pembinaan pasaraya seperti Mydin, Giant dan sebagainya walaupun garis panduan kelulusan mereka tidak mengikut panduan bilangan penduduk sebenarnya.

Tahun lalu pula peniaga pasar malam dan pasar minggu dipindah daripada tapak asal biasa mereka mengakibatkan penambahan kejatuhan lagi pendapatan mereka. Tapak perniagaan mereka sering di ubah tanpa penambahan kemudahan asas saperti tandas disediakan.

Tahun lepas juga peniaga penjaja bergerak motosikal di asak dan di rampas barang perniagaan mereka secara agresif sehingga berlaku insiden saorang peniaga di kasari olih beberapa pihak penguatkuasa di Pantai Batu Buruk dimana laporan polis dilakukan.

Dimana pembelaan peniaga kecil Melayu kita olih pihak Kerajaan dan berkuasa terutamanya dalam waktu ekonomi yang serba mengancam ini?

Kerajaan dan pihak berkuasa perlu mengambil sikap lebih realistik mengambil kira kemampuan rakyat sebenarnya. Adakah kebajikan rakyat diutamakan atau imej kerajaan segala galanya?

Kenapa Stesen bas perlu di ubahsuai dengan harga RM 14 juta dan dikatakan telah naik kosnya ke RM43 juta ? Pusat perniagaan bersebelahan stesen bas sehingga hari ini selepas lebih 10 tahun masih belum dibuka, Pusat Paya Bunga Square masih banyak kosong dan rumah kedai di Ladang Tok Pelam masih kosong.

Yang pasti untong ialah kontraktor dan yang pasti menangung kos adalah pembayar cukai rakyat semua. Pembangunan untuk siapa kalau perniaga tempatan yang banyak merana dan rugi. Kerajaan perlu berhenti berbelanja sesuka hati mengikut nafsu dan megerah rakyat untuk membayar dengan perbagai cukai.

Dua kisah seorang ayah dan ibu yang dipenjarakan dengan ‘kesalahan’ yang begitu kecil amat menyayat hati. Mereka bertindak membela anak tangungan mereka dan punca mata pencarian mereka dan rakan perniaga kecil mereka yang tertekan dan tertindas.

Kontraktor besar dan pemaju terus mengaut keuntugan lumayan tampa gangguan. Aduan pelanggaran syarat pembangunan olih pemaju tidak ada tindakan yang tegas olih Majlis Badaraya Kuala Terengganu. Aduan ke atas pemaju Pangsapuri Mewah di Jalan Sultan Omar yang menyebabkan keretakan rumah rumah berhampiran dan kerosakan jalan awam tiada tindakan tegas diambil.

Pembinaan Ruang Perniagaan dan pasar di atas longkang besar JPS di Cabang Tiga yang jelas melanggar peraturan pembangunan dan Jabatan Alam Sekitar tidak ada tindakan di ambil baik diperingkat Negeri atau Persekutuan setelah saya beberapa kali menimbul isu ini hingga ke Parlimen.

Peraturan dan undang undang untuk siapa sebenarnya ? Adakah ianya hanya sesuai dilaksanakan keatas pencuri paket Milo dan pembela peniaga kecil di stesen bas yang layak di penjarakan ? Adakah pemaju besar dan kontraktor kebal dari segala tindakan kerana status serta kedudukan mereka ?

Ini sudah pasti akan terjawab di mahkamah Allah dan mungkin di jawab di PRU 14 nanti. Yang mengambil Milo berharga beberapa ringgit di penjarakan sementara yang menyeleweng Berbillion Ringgit tidak pun di dakwa sehingga itu, kita terus menghadapi keadaan saperti “hidup di antara dua darjat” yang di amalkan olih pihak berkuasa hari ini.

* Raja Bahrin Shah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

CATEGORIES