Malaysia Dateline

Senjata api milik penjenayah dimusnahkan

Sebanyak 24 laras senapang patah milik penjenayah telah dimusnahkan oleh Polis Daerah Sibu, Sarawak semalam.

Perintah untuk memusnahkan telah diberikan oleh Mahkamah Majistret Sibu.

Operasi pemusnahan tersebut disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis, Sibu, Supt Wong Chee Keong serta beberapa pegawai lain.

Menurut sumber, ini merupakan kali ketiga senjata api dimusnahkan pada tahun ini.

Sebelum ini pihak polis telah memusnahkan 98 laras senapang patah pada operasi pertama, manakala 28 unit dimusnahkan pada operasi kedua yang dilakukan awal tahun ini.

“Kesemua senjata api yang dimusnahkan itu merupakan senapang buatan sendiri yang dirampas pada tahun 1960-an dan 1970-an semasa penangkapan penjenayah,” katanya.