Senjata kimia diguna membunuh Kim Jong-nam, kata Khalid

Senjata kimia diguna membunuh Kim Jong-nam, kata Khalid

Tan Sri Khalid Abu Bakar

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengenalpasti punca bahawa penyerang telah mengunakan bahan Ethyl s-2-Disssopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau vX Neerve Agent yang dikategorikan sebagai ‘senjata kimia’  penyebab kepada kematian mangsa  Kim Jong-nam.

Polis memperoleh maklumat hasil daripada analisis dilakukan Pusat Analisis Senjata Kimia,Jabatan Kimia Malaysia (JKM).

Kenyataan menyebut JKM telah menjalankan analisis awal ke atas beberapa eksibit yang melibatkan Dry Swab- Eye Mucosa dan Dry Swab- Face.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar VX disenaraikan sebgai senjata kimia (Chemical weapon) dibawaah Jadual 1 Chemical Weapons Convention Act Malaysia 2006 dan Chemical Weapons Convention (CWC) 1997.

Khalid dalam twitternya juga mengesahkan pihak polis sudah mengenalpasti senjata kimia yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam.

Pada Selasa lalu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata laporan penuh mengenai bedah siasat mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, akan dikeluarkan selepas Jabatan Kimia menyiapkan analisis forensiknya.

Spesimen hanya diambil daripada tubuh si mati, yang meninggal dunia dalam keadaan misteri, dan tiada sebarang spesimen diambil daripada warisnya.

Jong-nam, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu kerana menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain dipercayai mengandungi racun.

Beliau segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal ketika dalam perjalanan. Lelaki itu tiba di Malaysia pada 6 Februari  menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.

COMMENTS

Wordpress (0)