Sentuhan Sultan Mizan tambah kilauan emas negara

Sentuhan Sultan Mizan tambah kilauan emas negara

Semangat Malaysia disemarakkan oleh kejayaan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (Gambar atas) mengetuai pasukan negara menyapu bersih dua emas acara kuda lasak 80km yang berlangsung di negeri baginda, beberapa jam selepas pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-29 yang penuh gilang gemilang.

Pencapaian dirakan oleh baginda, yang julung kali mengambil bahagian dalam temasya dwitahunan itu, telah menyemarakkan pungutan pingat harian negara tuan rumah kepada sembilan emas, justeru secara keseluruhan mencatatkan pungutan kepada 16 emas, 13 perak dan sembilan gangsa.

Singapura menghuni tangga kedua dengan alapan emas diikuti dengan lima oleh Thailand, empat oleh Vietnam, tiga oleh Indonesia, Mayn,ar dua dan satu emas oleh Filipina.

Atlet negara mendominasi tiga daripada lima emas dipertaruhkan pada hari pertama acara wushu. Atlet boling Muhd Rafiq Ismail, ratu renang berirama Zylane Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei, pasukan bola jaring dan pasukan ragbi lelaki masing-masing turut menyumbang pingat emas buat negara.

Tatkala rakyat Malaysia sedang enak dibuai mimpi, Sultan Mizan dan pasukan baginda memulakan cabaran seawal jam 3 pagi di Terengganu International Endirance Park di Setiu. Memakai jersi nombor 111 dan menunggang Rtes Annaversary, baginda menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3:48.38s untuk meraih emas acara individu.

Malaysia turut merangkul emas acara berpasukan dengan jumlah catatan masa keseluruhan 11:31:30s, sekali gus kedua-dua catatan masa acara individu dan berpasukan mencipta rekod Sukan SEA.

Malaysia turut memperbaharui rekod catatan masa bagi kategori berpasukan iaitu 11 jam 31 minit 30 saat untuk pingat emas berbanding 21 jam 23 minit dan 39 saat pada temasya sama. Pasukan itu dibarisi Mohammad Fuad Hashim, Mohd Adhwa Embong, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Yusran Yusuf .

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah turut hadir menyaksikan pelepasan perlumbaan itu yang disempurnakan anakanda baginda berdua Raja Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan, dan kemudiannya mengalungkan pingat emas kepada suami baginda dan pingat kepada pemenang lain di venue itu.

{loadposition myposition} Di Kuala Lumpur, dalam gema sorakan di Stadium Juara, Malaysia menepati ramalan untuk merampas semula pingat emas bola jaring dengan menumpaskan juara bertahan Singapura 65-41. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir memberi sokongan dan kemudiannya mengalungkan pingat kepada pemain yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali.

Najib kemudian ke Stadium Kelana Jaya untuk menyertai peminat yang dihadiahi dengan kejayaan pasukan ragbi lelaki 7S Malaysia mengalahkan Singapura 65-41 bagi pingat emas. Skuad wanita kebangsaan pula meraih gangsa dengan mengalahkan Filipina 7-5.

Dalam acara wushu, Malaysia mengutip tiga emas dan tiga gangsa. Yeap Wai Kin, bekas juara berganda remaja dunia yang pertama kali membuat penampilan di Sukan SEA, yang menjadikan bintang filem kung fu Hong Kong Jet Li sebagai sumber inspirasi memenangi emas dalam acara jianshu (pedang) lelaki dengan mata tipis mengatasi rakan senegara Wong Weng Son.

Loh Jack Chang yang memenangi emas ketiga dalam Sukan SEA, mengatasi pencapaian pingat perak dua tahun lepas kepada kilauan emas hari ini dalam acara taijijian manakala Diang Bong, 31, beraksi buat kali keenam dan terakhir dalam temasya ini, memenangi emas acara nanquan yang sebelum ini dimenanginya sebanyak tiga kali.

Di Pusat Akuatik Nasional Zylane Lee Yhing Huey dan pemenang pingat emas acara teknikal solo Gan Hua Wei memenangi pingat emas kedua dalam renang berirama untuk Malaysia.

Kedua-duanya yang telah bergandingan selama setahun mengumpul 76.3000 mata dalam rutin bebas duet untuk menewaskan pencabar Miya Yong Hsing dan Debbie Soh Li Fei daripada Singapura. Malaysia memenangi perak dalam acara rutin bebas berpasukan.

Atlet boling Muhd Rafiq pula mempertahankan gelaran perseorangan selain melakukan penyudah 1-2 bergandingan dengan Adrian

Ang, berbanding rakan senegara Sin Li Jane dan veteran Shalin Zulkifli, masing-masing sekadar meraih perak dan gangsa dalam boling wanita di belakang juara Cherie Tan Shi Hua daripada Singapura .

Hari ini, demam pertandingan kian membara dengan 25 lagi pingat emas menjadi rebutan dengan acara renang menawarkan enam emas dan tumpuan pasti terarah kepada juara Olimpik Rio Singapura

Joseph Schooling dan wakil tuan rumah Welson SimSchooling, pemenang sembilan emas pada temasya dua tahun lepas dan kali ini akan beraksi dalam enam acara termasuk acara kegemarannya 50m kupu-kupu manakala Sim dalam misi mempertahankan gelaran 400m gaya bebas.

Di Stadium Shah Alam, Malaysia yang akan berdepan Myanmar hanya memerlukan satu mata untuk menempah tiket ke separuh akhir bola sepak lelaki Kumpulan A. Myanmar sudah melayakkan diri dalam empat pasukan teratas manakala Malaysia, dengan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan, masih mempunyai satu perlawanan menentang Laos pada Rabu.

Enam emas dipertaruhkan pada hari kedua acara wushu dan Malaysia diramalkan akan terus cemerlang. Diana Bong dalam misi menuai emas kedua acara nandao dan nangun.