Malaysia Dateline

Seorang ayah terkejut terima surat saman kerana bayang kereta memasuki petak parkir OKU

Seorang ayah terkejut telah terima surat saman daripada pihak berkuasa tempatan kerana bayang kereta beliau memasuki petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Matthew Cole telah meninggalkan kereta jenis Ford bewarna perak di luar Pajabat Pos Blackheath di Lewisham, London pada Mac yang lalu membawa anak perempuannya ke perlawanan bola sepak.

Difahamkan, bayang-bayang keretanya telah masuk ke tapak parkir OKU berhampiran dan bulan berikutnya, dia terkejut kerana menerima surat saman daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Lewisham.

“Ia tidak masuk akal, tiada sebarang tanda di tempat saya meletakkan kenderaan dan gambar yang mereka hantar kepada saya hanya menunjukkan bayang kereta saya di tempat OKU.

“Saya membawa anak perempuan saya ke perlawanan bola sepak di padang dan tiada sebarang masalah sebelum ini ketika saya letakkan kenderaan di tempat yang sama.

Seorang ayah terkejut terima surat saman kerana bayang kereta memasuki petak parkir OKU
Bagi Matthew saman yang dikenakan tidak masuk akal

“Ia sama sekali salah, mereka menguatkuasakan sesuatu yang tidak wujud.

“RM364 mungkin tidak begitu banyak kepada sesetengah pihak, namun prinsipnya tetap salah.

“Tambahan pula, jika tidak membayar saman tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, ia akan berganda pula menjadi RM700 lebih kurang,”kata beliau dipetik Metro UK.

Matthew hanya bekerja sendiri sebagai tukang kebun dan dia telah membuat rayuan berkaitan hal itu, namun aduannya telah ditolak.

Sebaliknya PBT Lewishan kekal dengan keputusan bahawa dia telah meletakkan kenderaan pada ruang yang dikhaskan kepada mereka yang memegang kad OKU.

Di samping itu, Matthew juga telah membuat rayuan kedua tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas.

“Mereka juga ada menghantar e-mel kepada saya untuk mempertikai perkara tersebut dan seolah-olah mengabaikan alasan yang dikemukakan dengan menegaskan bahawa saman itu dikeluarkan dengan betul.

“Saya fikir mereka sengaja melakukan itu untuk paksa membayar saman tersebut.

“Sekurang-kurangnya tiga kali selama lima hingga lapan jam saya meletakkan kenderaan di situ dan tiada sebarang masalah, saya tidak faham kenapa ini berlaku,” katanya.

Memetik Metro UK, salah seorang juracakap pengeluar Notis Caj Penalti menyatakan bahawa mereka telah mengeluarkan arahan saman itu pada 26 Mac kepada Matthew kerana meletakkan kenderaan di ruang OKU.

“Rayuan awal Encik Matthew ditolak kerana beliau tidak memberi alasan yang kukuh.

“Dia telah mengemukakan alasan kali kedua dan kami sedang meneliti selaras dengan proses undang-undang.

“Kami akan maklumkan keputusannya kepada Encik Matthew dalam masa yang terdekat,” jelas mereka.

Baca juga: Khemah Besar: Memaafkan, melupakan perkara lalu penting untuk kesepaduan politik pembangkang

Baca juga: Dipecat kerana serangan panik akibat kejutan hari jadi, lelaki dapat pampasan RM1.9 juta