Malaysia Dateline

Seorang lagi bekas AJK Pas sertai AMANAH

Seorang lagi bekas AJK Pas Kawasan Parit dan kali ini Haji Mohd Darus Kulop Ismail (gambar – berbaju Melayu biru) dari Kampung Padang Bola, Parit mengisytiharkan diri menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau mengambil keputusan menyertai Amanah setelah tidak yakin lagi dengan hala tuju Pas yang sedang dibawa oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini semakin merapati Umno-Barisan Nasional (BN).

Haji Darus menyerahkan borang penyertaan AMANAH pada Sesi Teh Tarik di gerai MDPT Pekan Parit Ahad lalu.

Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Ketua AMANAH Parit, Baharurazi Hj Ahmad, Koordinator AMANAH Parlimen Parit, Tarmizi Mohd Jam, dua AJK AMANAH, Azmi Ariffin dan Saudara Emy, Ketua Pemuda AMANAH Azizi Mustafa dan Pengarah Kempen PRU14, Syamsul Jujiannikefly.