Seorang meninggal dunia manakala beberapa yang lain cedera parah apabila sebuah pokok besar tumbang di berhampiran Restoran Ameer Ehsan, Taman Maluri, Cheras lewat petang tadi.
Calon Pakatan Harapan Titiwangsa, Khalid Samad, yang kebetulan berada di kawasan berhampiran turut membantu mangsa yang terbabit. (Gambar Khalid di tempoat kejadian)
“Semua yang cedera telah dihantar ke Hospital Ampang termasuk seorang bayi dan penunggang motosikal yang patah kakinya,” kata Khalid.
Penunggang motosikal yang patah kaki itu dikatakan turut mengalami pendarahan di kepala ditidurkan sebelum meninggal dunia.
Isterinya memaklumkan, suaminya telah ditidurkan selepas sukar untuk bernafas ketika berada di hospital sebelum disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Pihak berkuasa temasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis telah sampai ke tempat kejadian dan membantu mangsa yang cedera di samping memotong pokok yang tumbang itu.