Seorang rakyat Malaysia antara mangsa tembakan rambang di masjid

Seorang rakyat Malaysia antara mangsa tembakan rambang di masjid
Masjid Al Noor antara salah satu lokasi tempabkan rambang yang menyebabkan kematian dan kecederaan kepada jemaah dan orang awam.

Sekurang-kurangnya seorang warganegara Malaysia adalah antara mereka yang cedera dalam insiden lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, semasa solat Jumaat hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellinton, New Zealand di Twitter.

“Seperti yang dilaporkan, terdapat kejadian tembakan di masjid Christchurch pada 1.40 petang hari ini. Kita berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang mangsa.

“Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital,” katanya.

Pihak berkuasa New Zealand juga telah mengesahkan beberapa kematian dalam serangan tetapi tidak mengeluarkan angka yang tepat.

Difahamkan juga, anak mangsa yang berusia 17 tahun turut berada di dalam masjid sama.

Namun, status remaja itu masih belum diketahui.

Justeru, rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan dinasihatkan untuk berada di dalam kediaman masing-masing.

Penguasa polis New  Zeland, Mike Bush  menerusi laporan media tempatan dipetik  berkata  setakat ini empat suspek telah ditahan yang terdiri daripada 3 lelaki dan seorang wanita. bagaimanapun beliau tidak mahu mengesahkan kejadian tembakan rambang  yang  berlaku di dua lokasi itu di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood  ada berhubungkait dengan pengganas,.