Malaysia Dateline

Separuh penduduk Kelantan terjejas, lima hari tiada air

200,000 penduduk di Kota Bharu Kelantan dilaporkan berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlarutan hingga lima hari sejak 22 Julai lalu.

Memetik Utusan Malaysia, gangguan tersebut menjejaskan kira-kira lima jajahan atau separuh daripada negeri itu

Gangguan demi gangguan dalam tempoh 24 hingga 72 jam itu disifatkan sebagai ‘menyeksakan’, lebih-lebih lagi kepada pengguna di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

26 Julai lalu, Air Kelantan memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Tumpat. Namun gangguan yang melibatkan 15,334 akaun ini dijangka selesai pada keesokan harinya.