Seperti Mahathir, Anwar pun tidak boleh jadi diktator

Seperti Mahathir, Anwar pun tidak boleh jadi diktator

Banyak orang bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi diktator atau memerintah secara eksklusif.

Eksklusif itu maknanya memerintah melalui kumpulan kecil yang eksklusif seperti mana yang disifatkan sebagai “kongsi gelap” oleh Tian Chua.

Orang yang pernah bekerja dengan beliau tahu kekurangan Anwar yang membuat sesetengah orang menyampah, dari sejak ABIM, Umno sampailah pada Pakatan Rakyat.

Terutama orang yang pernah melalui zaman di mana Anwar amat berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya pernah melalui zaman itu. Jadi orang fikir Anwar akan bertindak seperti pada zaman itu.

Orang kata Anwar takkan berubah. Orang kata manusia tak berubah. Tun Dr Mahathir Mohamad kata beliau tak boleh baca fikiran orang. Tapi Tun kata beliau boleh baca fikiran Anwar. Tun kata ini di satu majlis yang saya turut hadir.

Walaupun orang kata Tun diktator tapi dalam mesyuarat Tun adalah demokratik. Dalam mesyuarat beliau beri peluang pada semua bersuara sebelum beliau merumus dan membuat keputusan. Termasuk pada malam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno ketika Anwar dipecat pada tahun 1998. Anwar juga diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Kita semua mesti move on. Malaysia pun sudah berubah. Anwar tidak akan boleh jadi diktator. Beliau nak kontrol PKR pun tak boleh, apatah lagi Pakatan Harapan dan Malaysia Baharu.

Malaysia Baharu ini ada dinamikanya sendiri. ia menentukan jalannya sendiri.

Tun pun tak boleh jadi diktator dalam Malaysia Baharu. Silap langkah je, netizen mengamuk. Apatah lagi Anwar. Rakyat Port Dickson akan tentukan siapa bakal pengganti Tun.

CATEGORIES