Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Seragam komunis: Chin Tong, Azwanddin mungkin selesai luar mahkamah
Liew Chin Tong dan Datuk Azwanddin Hamzah

Seragam komunis: Chin Tong, Azwanddin mungkin selesai luar mahkamah

BernamaJuly 8, 2019 6:42 pm




Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah meninjau kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah dalam saman berkaitan penerbitan 2 artikel di media sosial berkenaan isu pakaian seragam komunis

Peguam Liew, Asheeq Ali memberitahu pemberita, Hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar menetapkan 26 Julai bagi kedua-dua pihak memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan terkini sama ada mereka boleh menyelesaikan kes di luar mahkamah.

“Sekiranya tiada ketetapan, Mahkamah Tinggi akan meneruskan perbicaraan yang tarikhnya ditetapkan mulai 23 hingga 25 September,” katanya semasa ditemui di luar mahkamah selepas pengurusan kes, yang turut dihadiri peguam Sarah Abishegam yang mewakili Azwanddin.

Liew memfailkan saman itu terhadap Azwanddin pada 27 Disember berkaitan hantaran Facebook yang mendakwa timbalan menteri itu sengaja memakai uniform komunis ke acara ketenteraan.

Azwanddin didakwa memuat naik imej dan kapsyen pada 30 Oktober lepas.

Ia juga mengenai artikel yang ditulis Azwanddin di laman web JMM pada 19 November dengan tajuk “Kementerian Pertahanan kini berada dalam tekanan dan ancaman,”.

Liew menuntut antaranya ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta serta injunksi bagi menghalang presiden JMM itu daripada terus menerbitkan artikel sama.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production