Seram bila tahu Inspektor Sheila cari calon suami, “Lans Koperal boleh cuba?”

Oleh KIM SYAZIE

Pegawai polis sensasi, Inspektor Sheila sekali lagi menyita perhatian orang ramai setelah menyatakan hasrat untuk mencari calon suami.

Mahu mendirikan tangga, Sheila membuka peluang kepada mana-mana lelaki yang berminat untuk bertemu janji dengannya.

Keluar bersama bagi mencari keserasian, Sheila juga tiada masalah untuk menerima lelaki berlainan kaum dan juga agama.

Perlu meninggalkan komen “Ya”, Sheila memuat naik tawaran itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Meletakkan syarat tertentu, calon berkenaan juga perlu mendapatkan persetujuan dan restu daripada bapa Inspektor Percubaan itu.

“Ada sesiapa di sini yang nak berkahwin dengan saya? Balas di ruangan komen untuk keluar bertemu janji bagi mengenali satu sama lain.

“Lelaki itu perlu melepasi semua syarat yang saya tetapkan. Seterusnya berjumpa dengan ayah saya untuk meminta persetujuan dan restu.

“Semua orang boleh cuba. Jadi, tunggu apa lagi? Tulis ‘ya” dalam ruangan komen,” tulis pemilik nama penuh S.Sheila Sharon itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengikut merasa ingin tahu sama ada Sheila bersedia menerima lelaki berpangkat rendah.

Mereka juga khuatir akan masa depan calon pasangan hidup kepada wanita yang cukup terkenal dengan sikap ‘tegas’ itu.

“Lans Koperal boleh ke nak cuba? Tetapi pangkat saya lebih rendah,” komen seorang pengguna sambil berseloroh.

“Seram siapa jadi suami dia tu. Dapat isteri garang. Harap ada yang sudi.” Kongsi pengguna lain yang akui prihatin.

Pegawai kanan polis itu sebelum ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan.

Mengaku tidak bersalah, Sheila dituduh atas kesalahan menghina anggota bawahan dan menggugut orang awam.

Baca juga: “Macam mana boleh panggil Hadiah” – Lepas 61 tahun baru wanita tahu nama sebenar