Pengguna Facebook, Suziana Basa berkongsikan lima tangkap layar sembang seorang murid sekolah rendah dengan pasangan dicintainya.
Banyak mengandungi kesalahan ejaan, murid itu yang memanggil ‘kekasihnya’ sebagai ‘baby’ menyimpan nombornya atas nama “Sayang Yang Comel”.
“Penangkapan handphone budak darjah dua hari ini terus membuka mata sendiri untuk check handphone anak sendiri.
“Seram pula tengok budak darjah dua sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook kelmarin.
Murid itu bahkan mengingatkan kekasihnya untuk tidak membuat panggilan telefon kerana bimbang diketahui keluarga.
“Nanti ayah amik fon biy terus tak leh pakai selama-lamanya,” kata budak itu.
Mengulas lanjut, Suziana berharap ibu bapa sentiasa melakukan pemeriksaan telefon bimbit milik anak masing-masing dari semasa ke semasa,
“Ni antara budak yang sunyi masa PDPR tapi rancak pula di group WhatsApp single & taken.
“Ibu bapa… jangan lupa check handphone anak kita,” pesannya lagi.
LANJUT MENYUSUL