Mendengar cerita tentang seksa neraka pastinya boleh menginsafkan semua individu, tidak kira kecil atau besar dosa dilakukan.
Seksa Neraka adalah filem Indonesia yang mengisahkan tentang empat adik beradik yang terseret arus sungai deras dan bangun di dalam neraka.
Jalan ceritanya menunjukkan keempat-empat adik beradik tersebut di seksa atas dosa mereka yang disembunyikan.
Dek kerana filem yang sangat menyeramkan itu, seorang transgender mengakui dirinya insaf dan tidak mahu kelihatan seperti perempuan lagi.
Menurut Tribun Trend, satu rakaman dimuat naik di Instagram @arenafakta mengenai reaksi seorang transgender yang tidak mendedahkan namanya.
Lelaki yang kelihatan seperti wanita itu ditemu bual mengenai pandangannya mengenai filem itu.
“Alhamdulillah, hari ini (ketika menonton filem itu) mahu insaf. Seksa neraka itu memang benar,” katanya.
Malah dia juga tidak mahu kelihatan seperti wanita lagi dan bakal menggunting rambut serta mahu kembali kepada fitrah dengan menjadi lelaki sejati.
Rata-rata netizen mendoakan lelaki itu akan kekal berubah dan menjadi lelaki sebenar tanpa perlu kelihatan seperti wanita.
Baca juga: Pemilik syarikat janji beri bonus penuh hujung tahun, asalkan pekerja buat aktiviti ini