Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Seramai 199 pemandu bas ekspres Melaka Sentral jalani saringan urin

Seramai 199 pemandu bas ekspres Melaka Sentral jalani saringan urin

BernamaJanuary 23, 2020 7:18 am




Seramai 199 orang pemandu bas ekspres yang beroperasi di terminal bas Melaka Sentral telah menjalani ujian saringan urin bagi memastikan mereka bebas daripada  penyalahgunaan dadah dalam operasi sempena Tahun Baru Cina sejak empat hari lepas

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong berkata saringan tersebut yang akan dijalankan sehingga 2 Feb melibatkan semua pemandu pertama dan kedua. Setakat ini semua ujian itu negatif dadah.

“Saringan ujian urin ini merupakan inisiatif kerajaan negeri menerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sebanyak enam anggota akan bertugas secara shif bermula 7 pagi hingga 11 malam sepanjang operasi itu berlangsung,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Terdahulu, beliau menghadiri program ‘Raya Tanpa Dadah’ sempena Tahun Baharu Cina 2020 di sini, yang turut dihadiri Pengarah AADK Melaka, Nazir Mohamad.

Sementara itu pada program berasingan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan peraturan jalan raya sempena perayaan Tahun Baru Cina 2020 termasuk melaksanakan taktik penyamaran sebagai penumpang bas ekspres.

Katanya sehingga kini empat kes dikesan semasa penyamaran iaitu dua kes bagi kesalahan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan dan dua kes bagi kesalahan tata kelakuan pemandu yang dikesan tidak memakai kasut  semasa memandu.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production