Seramai 20 anggota badan bebas dilantik pantau SPRM

Seramai 20 anggota badan bebas dilantik pantau SPRM

Seramai 20 anggota badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya semalam.

Daripada 20 anggota tersebut, 13 merupakan anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) manakala selebihnya dilantik sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).

Antara yang dilantik mengangotai PPPR  sebagai Pengerusi Tan Sri Ismail Adam mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam; Datuk Abdul Aziz Ishak Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd; Datuk Yusuf Mohd Haslam Pengarah Urusan, Skop Productions Sdn. Bhd dan;  Nasharuddin Mat Isa Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF).

Manakala bagi pelantikan menganggotai PPO antaranya  pula terdiri daripada  Pengerusi  Tan Sri Zaleha Zahari mantan Hakim Mahkamah Persekutuan;  Tan Sri Ismail bin Omar mantan Ketua Polis Negara dan;Profesor Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia;

Tempoh pelantikan anggota bagi PPPR dan PPO adalah selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos tahun depan.

Berikut senarai penuh ahli-ahli yang menerima watikah pelantikan Ahli-Ahli PPPR bagi sesi 15 Ogos 2016 – 14 Ogos 2017:

YBhg. Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi)

Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz 
Mantan Ketua Pengarah JAKIM

YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani
Mantan Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dr. T. Marimuthu
Profesor Adjung di Asia e University

YBhg. Tan Sri Tang Yeam Sooncc
Pengarah Urusan, The Store Corporation Berhad

YBhg. Dato’ V. Danapalan
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI)

YBhg. Datuk Hasmi bin Hasnan 
Pengasas Naim Land Sdn. Bhd.

YBhg. Datin Dr. Amla binti Hj. Mohd Salleh
Karyawan Tamu di Fakuliti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

YBhg. Datuk Baljit Singh Sidhu 
Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners

YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak 
Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

YBhg. Datuk Yusof bin Md. Haslam Khan 
Pengarah Urusan, Skop Productions Sdn. Bhd.

YBrs. Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Dekan Pengasas & Pakar Psikiatri, Fakulti Perubatan, Cyberjaya University College of Medical Sciences

YBrs. Tuan Nasharudin Mat Isa 
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF)

Ahli-Ahli PPO bagi sesi 15 Ogos 2016 – 14 Ogos 2017

YBhg. Tan Sri Zaleha binti Zahari (Pengerusi)
Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan

YBhg. Tan Sri Ismail bin Omar
Mantan Ketua Polis Negara

YBhg. Datuk Azizan bin Abdul Rahman
Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad

YBhg. Dato’ Dr. Siti Mariam binti Che Ayub 
Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri

YBhg. Dato’ Selva Mookiah 
Peguambela & Peguamcara di Selva Mookiah & Associates

YBhg. Profesor Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff 
Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

YBrs. Profesor Dr. Yap Bee Wah
Profesor Madya di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA

SPRM yang diwujudkan pada tahun 2009 mempunyai lima badan bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, PPO, Jawatankuasa Aduan dan PPPR.

SPRM satu-satunya agensi penguatkuasaan di Malaysia mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme check and balance.

TAGS