Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Seramai 212 orang terjejas akibat banjir kilat dan ribut di Johor

Seramai 212 orang terjejas akibat banjir kilat dan ribut di Johor

BernamaJanuary 30, 2020 12:36 pm




Seramai 212 mangsa daripada 59 keluarga di negeri ini terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) akibat terjejas banjir kilat dan ribut susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri, Tan Chen Choon berkata, setakat 8.00 pagi ini, empat daerah terjejas iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Pontian.

Katanya, dua PPS iaitu Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 di Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jubli Intan Renggam di Kluang dibuka lewat petang semalam.

Manakala dua lagi PPS iaitu SK Sri Bunian di Pontian dan Balai Raya Kampung Saleng di Kulai mula dibuka awal pagi ini.

“Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 yang terjejas akibat banjir kilat, menempatkan mangsa paling ramai iaitu 120 mangsa daripada 37 keluarga diikuti SK Jubli Intan Renggam iaitu 40 mangsa daripada 11 keluarga,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, SK Sri Bunian pula menempatkan 30 mangsa daripada lima keluarga, manakala 22 mangsa daripada enam keluarga yang terjejas akibat ribut pula berada di Balai Raya Kampung Saleng.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Pertimbang semula moratorium elak rakyat terus terjejas

Darurat: Muhyiddin yang untung politik, rakyat yang sengsara

Terkejut, gadis 16 tahun dirogol dalam lokap polis

Jelaskan apa langkah penstrukturan semula Tabung Haji

Sukar bernafas dan batuk yang kering, Imam Masjid Negeri Selangor kena Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production