Seramai 221 telah pulang, 21 lagi akan berlepas dari Turki berperingkat

Seramai 221 telah pulang, 21 lagi akan berlepas dari Turki berperingkat

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai 242 orang warganegara Malaysia telah dikenalpasti terkandas di lapangan-lapangan terbang utama Turki.

Daripada jumlah tersebut, seramai 221 orang telah berjaya meneruskan penerbangan ke destinasi masing – masing, manakala 21 orang lagi akan berlepas dari Turki secara berperingkat mengikut jadual penerbangan yang telah ditetapkan.

Inisiatif dalam menghulurkan bantuan konsular kepada warganegara Malaysia yang terkandas adalah hasil usahasama daripada Pasukan Khas yang diwujudkan, terdiri daripada pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia dengan dibantu oleh Konsul Kehormat Malaysia di Turki.

Warganegara Malaysia dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan sekiranya memerlukan bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Bilik Operasi Wisma Putra boleh dihubungi di talian berikut:-

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ANKARA 58, Mahatma Gandhi Caddesi Gaziosmanpasa Cankaya 06700 ANKARA

Tel

: +(90)312-4463547; +(90)312-4463548 Faks : +(90)312-4464130 E-mel : [email protected]

[email protected] Halaman Facebook : Embassy of Malaysia in Ankara.

WISMA PUTRA (Bilik Operasi) : 03-88874570 (24 jam).

TAGS