Seramai 23 pemandu warga Arab dalam operasi MMMSL musim Haji tahun ini

Seramai 23 pemandu warga Arab  dalam operasi MMMSL  musim Haji tahun ini

Berbeza dengan operasi tahun pertama musim lepas, perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) untuk musim haji di Tanah Suci Mekah tahun ini akan turut menggunakan pemandu tren dari Arab Saudi, yang menerima latihan di Akademi Rel Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) awal tahun ini.

Seramai 23 rakyat Arab Saudi akan menyertai 103 pemandu tren Malaysia untuk operasi MMMSL, yang sekarang ini sedang menjalankan latihan percubaan operasi 24 jamtanpa henti sejak awal bulan ini.

“Latihan percubaan ini dilakukan sepenuhnya seperti operasi sebenar pada masa jemaah menjalankan haji nanti. Walaupun operasi sebenarnya hanyalah untuk tujuh hari bermula daripada 7 Zulhijjah, persiapan dijalankan dengan penuh rapi sejak awal tahun berdasarkan kepada jadual kerja atau ‘timeline’ yang telah ditetapkan,” katajurucakap MMMSL, Mohamad Hashim Mamot dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penglibatan penuh daripada para pemandu tren adalah antara perkara terpenting dalam operasi ini di mana semua tren perlu diuji di samping peralatan dan fasiliti berkaitan seperti sistem semboyan dan Pusat Kawalan Operasi (OCC).

“Alhamdulillah, latihan percubaan operasi ini, yang akan dijalankan sehingga seharisebelum operasi sebenar berjalan lancar kerana kehadiran pemandu-pemandu trenyang berpengalaman, berdedikasi dan berkomitmen tinggi. Saya berterima kasih kepada Rapid Rail kerana melepaskan para pemandu ini untuk operasi MMMSL tahunini,” kata Hashim, yang memegang jawatan Pengarah Negara (Country Director) Arab Saudi untuk Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME).

Kedua-dua Rapid Rail and PRIME adalah anak syarikat kepada Prasarana, yang turut menjadi syarikat induk kepada beberapa anak syarikat lain – Rapid Bus Sdn Bhd,Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd (PRAISE) dan Prasarana Integrated Solution and Management Sdn Bhd(PRISM).

Menurut Hashim, para pemandu tren untuk Prasarana dipilih daripada kesemua empatlaluan yang dikendalikan oleh Rapid Rail – LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Sri Petaling– Ampang, Laluan Monorail dan juga Laluan MRT Laluan 1 Sungai Buloh – Kajang, yang bakal memulakan operasi akhir tahun ini untuk fasa pertama.

“Mereka yang datang berkhidmat di MMMSL ini, mempunyai pengalaman danpengurusan keretapi untuk sekurang kurangnya lima tahun. Ada sesetengah merekamempunyai pengalaman hampir 20 tahun.

“Setibanya mereka di MMMSL ini, mereka diberi latihan oleh pakar industri keretapi dari Malaysia, yang meliputi latihan teori dan juga praktikal. Apa yang membanggakanadalah semua kakitangan dapat memahami dan mempelajari sistem yang terdapat di sini dengan pantas. Ini memudahkan semua pihak kerana tidak memerlukan masa yanglama untuk mengajar mereka,” katanya.

Daripada 103 orang pemandu ini, 35 daripada mereka terlibat dalam operasi tahun pertama musim lepas, yang mana MMMSL dapat mengendalikan tugas berkenaan dengan baik dan menerima pujian daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Sebanyak 68 pemandu adalah staf yang akan bertugas buat pertama kali.Alhamdulillah, mereka mempamerkan semangat kerja yang amat tinggi dan komited untuk menjaga nama baik Prasarana dan Malaysia,” kata Hashim, yang turut memuji dedikasi yang ditunjukkan oleh para pemandu Arab Saudi.

Di bawah pengawasan tenaga pengajar Akademi Rel, para pemandu dari Arab Saudi ini mengikuti kursus selama tiga bulan di LRT Laluan Sri – Petaling Ampang, yang menggunakan sistem yang hampir serupa di MMMSL.

“Apa yang dapat saya rumuskan adalah mereka ini cukup tekun dan bersungguhsungguh dalam mempelajari setiap sudut cara-cara mengendalikan tren Laluan Sri Petaling – Ampang, yang menggunakan pemandu dan berbeza daripada Laluan Kelana Jaya yang ‘driverless’ ataupun operasi tanpa pemandu,” tambah beliau.

Selain lulus dalam ujian teori dan praktikal semasa di Malaysia, mereka turut diberikepercayaan untuk membawa penumpang dalam operasi sebenar.

“Selesai kursus di Malaysia, mereka kembali ke Arab Saudi untuk mempelajari pula sistemyang terdapat di MMMSL.

Alhamdulilah, mereka menggunakan ilmu yang mereka pelajari di Malaysia dengan baik untuk memperkemaskan pemanduan dan teknik mengatasi masalah bila berlaku kerosakan,” tambah Hashim.

Operasi MMMSL akan bermula pada 8 September dan berakhir pada 14 September.

Pada waktu puncak, MMMSL, yang menggunakan tren 12-gerabak, mengendalikanlebih 350,000 penumpang sehari.