Serang Amanah dengan fitnah, diam terhadap penyelewengan BN

Serang Amanah dengan fitnah, diam terhadap penyelewengan BN

Modus operandi kempen pilihan raya yang mengaitkan parti Amanah kononnya alat atau khadam DAP dilakukan oleh pihak yang terdesak.

Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan berkata, provokasi kaum juga dimainkan untuk menyerang parti Islam itu pada ketika Umno-BN sedang dihujani serangan daripada segenap sudut.

“Ini menyentuh tentang cukai menindas, GST; kontroversi 1MDB serta isu derma RM2.6 bilion termasuklah terbaru pembongkaran pengunaan duit rakyat bagi sewaan jet yang dinaiki isteri Perdana Menteri.

“Mereka sudah ketandusan isu untuk menyerang Amanah dan pada masa sama tidak mampu untuk menjawab pelbagai pendedahan penyelewengan Fitnah golongan terdesakwang rakyat.

“Jadi, isu perkauman yang memang modal lama mereka dihidupkan kembali,” jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau bagaimanapun yakin kira-kira 40 peratus pengundi muda berusia 21 hingga 40 tahun di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan termakan dengan sentimen perkauman sempit yang tidak menguntungkan rakyat itu.

“Mereka tentunya pengundi muda yang matang dan tidak akan tertipu dengan fitnah yang sedang dimainkn oleh Umno-BN dan mereka yang bersekongkol dengan mereka,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan satu imej menyerupai papan iklan kempen Amanah yang dikaitkan dengan DAP menjadi viral dan dikongsi dalam beberapa kumpulan WhatsApp hari ini.

Antara ungkapan tertera, “Vote Amanah, U will helps DAP stronger” (Undi Amanah, anda akan membantu DAP menjadi lebih kuat) serta “Undi Amanah = Undi DAP”.

Walau bagaimanapun, maklum balas petugas jentera pilihan raya Sungai Besar memberitahu “billboard” itu dipercayai diedit untuk mewujudkan kebencian pengundi Melayu terhadap Amanah.

“Ikut maklumat (papan iklan provokasi) itu di Sekinchan tapi bila dicari tiada,” kata sumber itu lagi.

Budaya menjijikkan terus menularSelain imej papan iklan yang dipercayai diedit, beberapa kain rentang dan poster memburukkan Amanah dengan DAP di lokasi Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini turut tersebar di media sosial.

Antaranya, kain rentang di hentian bas yang tertera ungkapan, “Amanah tolak hudud. Amanah bukan parti Islam” berserta logo bermaksud tidak kepada Amanah.

Satu poster dengan logo DAP yang diterbalikkan pula menyebut, “Ini musuh kita! Termasuk sekutunya.”

COMMENTS

Wordpress (0)