Serangan bom: 28 orang maut, puluhan cedera  di Istanbul

Serangan bom: 28 orang maut, puluhan cedera di Istanbul

Tiga pengebom berani mati melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri di lapangan terbang antarabangsa di Istanbul semalam, membunuh 28 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi, kata gabenor wilayah dan saksi.

Reuters melaporkan, pihak polis melepaskan tembakan untuk menghentikan dua daripada penyerang sebelum mereka tiba di pusat pemeriksaan keselamatan di balai ketibaan di lapangan terbang Ataturk, yang ketiga paling sibuk di Eropah, tetapi mereka meletupkan diri, kata seorang pegawai keselamatan Turki.

Gabenor Istanbul Vasip Sahin memberitahu pemberita bahawa 28 orang telah terbunuh dan kira-kira 60 lain cedera.

Beberapa saksi melaporkan dua letupan tetapi Sahin berkata pihak berkuasa percaya mungkin telah dilakukan oleh tiga pengebom berani mati.

Seorang pegawai Turki berkata sebahagian besar daripada mereka yang terbunuh adalah warga Turki, termasuk warga asing turut terbunuh.

“Ada satu letupan yang besar, sangat kuat. Bumbung runtuh. Di dalam lapangan terbang, ia adalah sesuatu yang buruk, anda tidak boleh mengenalinya lagi, kerosakan adalah sangat besar,” kata Ali Tekin, yang berada di balai ketibaan menunggu tetamu apabila serangan itu berlaku.

Seorang wanita Jerman bernama Duygu, yang berada di kawalan pasport memasuki Turki, berkata, dia mnghumbankan dirinya ke lantai apabila mendengar bunyi letupan. Beberapa saksi juga melaporkan terdengar tembakan tidak lama sebelum serangan berlaku.

“Semua orang mula melarikan diri. Di mana-mana dipenuhi dengan bahagian-bahagian badan dan darah. Saya melihat lubang peluru pada pintu,” katanya di luar lapangan terbang.

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dengan serangan terbaru ini dalam rentetan serangan berani mati di Turki pada tahun ini, tetapi agensi berita Dogan melaporkan tanda-tanda awal berkemunkinan dilakukan oleh penganas IS, memetik sumber polis.

Seorang pegawai Turki berkata, masih terlalu awal untuk membuat dakwaan terhadap IS.

Serangan itu melahirkan beberapa persamaan dengan pengeboman berani mati oleh militan Negara Islam itu di lapangan terbang Brussels pada Mac yang mengorbankan 16 orang yang disasarkan kepada kereta api metro di ibu negara Belgium.

Paul Roos, 77, menyifatkan melihat salah seorang penyerang “secara rawak menembak” di tingkat berlepas terminal.

“Dia hanya menembak sesiapa yang datang di hadapannya. Dia memakai semua hitam. Mukanya tidak bertopeng. Saya 50 meter (55 ela) dari dia,” kata Roos, warga Afrika Selatan dalam perjalanan pulang Cape Town dengan isterinya selepas bercuti di selatan Turki.

COMMENTS

Wordpress (0)