Serangan bom di kawasan awam Syria tindakan keji, kata Amanah

Serangan bom di kawasan awam Syria tindakan keji, kata Amanah

Tindakan kejam pihak bertelagah di Syria mengebom kawasan awam yang diduduki penduduk tidak berdosa adalah perbuatan keji dan harus dikutuk masyarakat antarabangsa.

Pengerusi biro hal ehwal antarabangsa Parti Amanah Negara (Amanah) Raja Bahrin Shah dalam satu kenyataan pagi ini berkata pengeboman kota Aleppo yang membabitkan kerosakan harta awam dan nyawa golongan mereka yang tidak bersalah amat menyedihkan.

” Ini melibatkan kerosakan hospital, bangunan awam, kematian kanak-kanak, doktor dan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, tindakan menggunakan senjata berat terhadap penduduk tidak berdosa adalah perbuatan keji yang langsung tidak boleh diterima.

“Seluruh dunia perlu tagas mengutuk tindakan ganas ini dan kita mahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera campurtangan dalam konflik ini.

Kita juga mahu semua bentuk camputangan kuasa-kuasa besar sama ada secara langsung atau tidak langsung di kawasan bergolak ini ditarik balik serta merta,” katanya.

Bagi pihak Amanah, beliau merakam takziah kepada seluruh mangsa terlibat serta keluarga masing-masing dengan doa semoga Allah memberi kekuatan untuk bangkit semula seberapa segera dengan bantuan masyarakat Islam dan bukan Islam seluruh dunia.

menurut Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) pada akhir 2014 seramai 38 juta orang manakala pada 2013 seramai 33.3 juta terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri.

UNHCR berkata jumlah terkini menunjukkan peningkatan bilangan pelarian pada pertengahan 2015 sehingga mencecah 15.1 juta, jumlah tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

TAGS