Serangan ke atas masjid di Sinai dan apa pula selepas ini?

Serangan ke atas masjid di Sinai dan apa pula selepas ini?

Serangan bersenjata ke atas sebuah masjid di Semenanjung Sinai di Mesir pada 25 November lalu telah mengorbankan 235 orang mengikut laporan media tempatan negara itu.

Serangan berlaku di bandar Bir al-Abed, kira-kira 40km di bahagian barat wilayah utara Sinai. Kejadian berlaku sejurus jemaah di masjid berkenaan selesai menunaikan sembahyang Jumaat.

Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi menggelarkan serangan tersebut sebagai “suatu jenayah” dan “tindakan pengecut” seperti yang disiarkan oleh televisyen negara itu pada hari yang sama.

Beberapa jam selepas peristiwa serangan itu, pesawat perang Mesir didapati berlegar-legar dan memberi tumpuan ke arah kawasan bergunung-ganang di sekitar Bir al-Abed.

Serangan bersenjata ke atas sebuah masjid di Semenanjung Sinai di Mesir pada 25 November lalu telah mengorbankan 235 orang mengikut laporan media tempatan negara itu.

Penyerang dikatakan telah meletakkan bom di masjid berkenaan dan kemudian melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid. Serangan tersebut merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah Mesir. Inilah yang kita tahu.

Masjid Bir al-Abed dipercayai merupakan sasaran yang mudah untuk diserang memandangkan ia berada di luar bandar utama di semenanjung berkenaan.

Alasan lain yang juga munasabah mengapa masjid berkenaan menjadi sasaran ialah ia adalah milik kelompok Sufi yang disifatkan sebagai kafir oleh kumpulan-kumpulan seperti ISIL dan ISIS. Namun begitu masjid berkenaan turut dihadiri oleh mereka yang bukan daripada kelompok Sufi juga.

Insiden berkenaan berlaku sehari sebelum sempadan Mesir-Pelestin untuk ke Rafah sepatutnya dibuka. Ia sepatutnya akan dibuka selama tiga hari bermula Sabtu, selepas ia ditutup Ogos lalu. Bagaimanapun kini ia terus ditutup atas alasan keselamatan.

Siapakah yang melakukan serangan ini? Setakat ini belum ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab tetapi kumpulan yang ada hubungan dengan ISIS pernah mendakwa bertanggungjawab dalam beberapa serangan sebelum ini.

Seorang profesor di Universiti Nile di Mesir, Timothy Kaldas menurut laporan Al-Jazeera memberitahu, “serangan yang dibuat sepadan dengan serangan yang pernah dilakukan ISIS”.

“Ada potensi serangan ini dilakukan oleh mereka memandangkan penduduk wilayah ini memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha membanteras kegiatan ISIS,” kata beliau.

Semenanjung Sinar menjadi subjek serangan sejak bertahun dahulu, sebaik pihak berkuasa Mesir berusaha memadamkan gerakan kempen antikerajaan di wilayah berkenaan.

Konfik tersebut bermula dalam 2013 apabila tentera Mesir menggulingkan Mohamed Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik. Selepas penggulingan Morsi, kuasa-kuasa penentangan di Semenanjung Sinar mula bangkit dan menyerang pihak berkuasa Mesir.

Beratus orang telah menjadi korban dalam konflik berkenaan sejak ia bermula termasuk melibatkan orang awam.

Dalam 2014, Presiden Sisi mengisytiharkan darurat di semenanjung berkenaan selepas pengebom berani mati telah mengorbankan 33 orang tentera Mesir. Sisi menyifatkan wilayah berkenaan sebagai “sarang pengganas”.

Beberapa bulan lalu dalam 2017 ini, beberapa serangan berlaku, enam orang anggota pihak berkuasa mati dalam bulan Oktober dan 18 lagi dalam bulan September.

Apakah reaksi Mesir terhadap serangan ini?

Selepas Sisi berucap berhubung insiden tersebut, pesawat perang Mesir telah menyerang beberapa kawasan sekitar Bir al-Abed, menurut saksi.

Menurut penganalisis Timur Tengah Al Jazeera, Yehia Ghanem peningkatan keganasan yang berlaku di Sinai sejak empat tahun lalu memberikan alasan kepada kerajaan Mesir untuk meningkatkan tekanan ke seluruh negara.

Apa pula reaksi pemimpin dunia? Pemimpin negera dan juga organisasi di seluruh dunia telah bercakap dan melahirkan pandangan berhubung peristiwa serangan Jumaat itu.

Setiausaha Keselamatan PBB, Antonio Guterres mengutuk keras serangan tersebut.

Presiden AS Donald Trump menyifatkan serangan tersebut sebagai “amat dahsyat dan pengecut”.

“Dunia tidak boleh bertolak ansur dengan keganasan, kita mesti mengalahkannya dengan kuasa tentera dan menghapuskan faham ektremisme yang menjadi asas kewujudan pengganas,” kata Trump melalui Twitter,

Kemudian beliau berkata, beliau akan memanggil Sisi untuk berbincang mengenai serangan tersebut dan “mencari jalan yang lebih bijak dan lebih kuat daripada sebelumnya” untuk mengatasi masalah keganasan ini.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS