Malaysia Dateline

Serangan Rusia dibimbangi patogen penyakit berbahaya di makmal Ukraine tersebar

Ukraine dilaporkan mempunyai makmal kesihatan awam yang menjalankan penyelidikan bagi menangani ancaman penyakit berbahaya terhadap manusia dan haiwan, serta Covid-19.

Serangan Rusia di beberapa pusat kemudahan kesihatan Ukraine dibimbangi boleh meningkatkan risiko kebocoran patogen penyebab penyakit.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati Ukraine supaya memusnahkan patogen membawa ancaman tinggi yang disimpan dalam makmal kesihatan awam negara itu.

Serangan Rusia dibimbangi patogen penyakit berbahaya di makmal Ukraine tersebar
WHO gesa Ukraine musnahkan segera patogen yang membawa ancaman berbahaya

Lapor Reuters, langkah itu bertujuan mengelakkan sebarang ‘risiko kebocoran’ yang boleh mengakibatkan penularan penyakit.

Sebelum ini sejumlah pakar keselamatan biologi sudah memberi amaran, serangan tentera Rusia mengakibatkan peningkatan risiko kebocoran patogen penyebab penyakit.

Dalam pada itu, WHO memaklumkan pihaknya menjalin kerjasama dengan makmal kesihatan awam Ukraine sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine belum memberi maklum balas mengenai permintaan WHO tersebut.