Serbia beri kewarganegaraan kepada bekas PM Thailand Yingluck Shinatwatra

Serbia beri kewarganegaraan kepada bekas PM Thailand Yingluck Shinatwatra

Serbia memberikan kewarganegaraan kepada bekas Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik agensi berita rasmi Tanjug pada Khamis.

Tanjug melaporkan bahawa keputusan itu dibuat dalam satu sesi kerajaan.

Kerajaan membuat keputusan untuk memberikan kewarganegaraan kepada Yingluck “kerana ia mungkin memanfaatkan Serbia,” lapor Tanjug memetik kenyataan pihak berkuasa.

Yingluck kini boleh melakukan perjalanan tanpa visa ke lebih 100 negara, termasuk anggota Kesatuan Eropah.

Beliau telah dihukum penjara lima tahun bagi pertuduhan berkaitan rasuah selepas melarikan diri dari Thailand pada 2017.

Abangnya, yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, pula mendapat kewarganegaraan Montenegro.