Dikenali kerana berjiwa rakyat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi mencuri hati ramai dengan gelagatnya.
Sering bertemu rakyat jelata, Tunku Azizah dilihat tidak kisah akan keadaan tempat yang dikunjunginya.
Tular satu video di TikTok @tunku.hajah yang menunjukkan Tunku Azizah bergegas masuk ke dalam satu kedai runcit.
“Saya nak biskut dan ais krim,” ujarnya ringkas dalam video tersebut sebelum masuk ke dalam kedai runcit kecil di tepi jalan.
Rata-rata netizen menyenangi gelagat Tunku Azizah malah memaklumkan hanya Pahang sahaja mempunyai Sultan berjiwa rakyat.
“Sebab itulah rakyat Pahang sayang Sultan dan Tengku Ampuan Pahang.
“Untung orang Pahang dapat Sultan berjiwa rakyat. Hanya di Pahang sahaja, lain negeri tak ada Sultan macam ini.
“Tunku Azizah ni sama macam mak cik aku, kalau dia jalan nampak kedai runcit mesti dia akan cakap dia nak beli apa walaupun orang tak tanya,” antara komen netizen.
Baca juga: “Atok dah pencen nak!” Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming