Biasalah jika dikurniakan wajah cantik, peribadi juga elok maka ada yang cuba menggoda meskipun berstatus suami orang.
Tidak cepat melatah, pelakon baru Harissa Adlyn mengakui dirinya pernah diganggu lelaki miang termasuklah pelakon yang berstatus suami orang.
Harissa bagaimanapun sebolehnya akan tegas untuk menolak unsur-unsur godaan yang melebihi batas lapor Kosmo! Online.
“Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya. Ada yang bujang, ada berstatus suami orang dan ada juga yang sudah bercucu. Malah ada juga yang anaknya seusia saya.
“Saya dapat hidu ‘percubaan’ mereka seperti sengaja buat-buat terpegang tangan sewaktu sedang berlakon.
“Tetapi saya cuba elak selagi boleh. Dan terpaksa bertegas sekiranya melihat mereka cuba bertindak melebihi batas,” katanya seperti dipetik Kosmo Online.
Tidak mahu dilabel perempuan murahan, Harissa sebolehnya mahu menjaga imej sebagai seorang wanita.
“Saya percaya jika kita pandai menjaga diri, jaga imej sebagai wanita, tidak sukar untuk kita menepis godaan lelaki.
“Saya akan terus cakap saya tidak selesa dengan tindakan mereka. Setakat ini bila saya cakap macam tu mereka akan faham,” ujarnya.