Serpihan helikopter ditemui di Sungai Batang Sadong, Simunjan

Serpihan helikopter ditemui di Sungai Batang Sadong, Simunjan

Serpihan helikopter model Eurocopter AS350 dinaiki kenamaan yang hilang sejak petang semalam dijumpai di Sungai Batang Sadong, Simunjan dan bukan di Sungai Batang Lupar seperti dilaporkan sebelum ini.

Ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.50 pagi tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media di Kuching pagi ini.

Usaha mencari dan menyelamat di kawasan terbabit diteruskan pagi ini, lapor The Borneo Post.

Bahagian helikopter yang ditemui adalah kipas, kerusi, bahagian pintu, alat pengapung dan sebahagian dinding helikopter.

Helikopter yang membawa pegawai tinggi kerajaan dari Betong ke Kuching itu hilang dari paparan radar lewat petang semalam dekat Sebuyau.

Sehingga kini mereka yang berada dalam pesawat masih hilang.

Bahagian pintu helikopter ditemui anggota SAR.

Pasukan SAR menutup serpihan helikopter yang ditemui.

Bahagian bilah kipas helikopter ditemui anggota SAR.

TAGS