Malaysia Dateline

Seruan untuk semua mengenakan baju Ungu sempena Hari Wanita Sedunia

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2022 yang akan datang, seluruh masyarakat di negara ini dan khususnya Pulau Pinang diseru supaya bersama-sama memakai baju berwarna ungu.

Menurut Exco Negeri Pulau Pinang, Chong Eng, pada hari tersebut adalah digalakkan supaya sama-sama memakai baju ungu serta menghias pejabat dengan warna tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kempen Hari Wanita.

Seruan berbaju Ungu sempena Hari Wanita Sedunia, 8 Mac nanti
Exco Negeri Pulau Pinang, Chong Eng

“Tema kempen tahun ini iaitu ‘Hapuskan Stereotaip’ adalah tema bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia bagi peringkat negeri Pulau Pinang kerana stereotaip gender merupakan salah satu punca kurangnya penglibatan golongan wanita dalam pelbagai sektor.

“Malah statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan bagi tahun lepas membuktikan bahawa kadar penyertaan buruh wanita yang dicatat oleh Malaysia adalah 55.3 peratus jika dibandingkan dengan negera Asia Tenggara yang lain.

“Singapura mencatatkan penyertaan golongan wanita sebanyak 69.7 peratus dan Thailand pula mempunyai penyertaan sehingga 66.8 peratus dimana jurang gender terbesar penglibatan wanita dalam politik mencatatkan angka skor terendah dengan 0.10 peratus dan ia lebih jauh jurangnya jika dibandingkan dengan golingan lelaki,” ujar beliau.

Sehubungan itu tegas beliau, kurangnya penglibatan wanita dalam sektor ekonomi dan politik dalam negara ini adalah berkait rapat dengan norma sosial serta stereotaip sejak sekian lama bahawa wanita hanyalah berperanan sebagai suri rumah tangga semata-mata serta pandangan bahawa wanita tidak mampu menjadi pemimpin diperingkat pembuat dasar.