Sesi Parlimen 16 Julai nanti buktikan Malaysia berusaha bina Malaysia Baharu

Sesi Parlimen 16 Julai nanti buktikan Malaysia berusaha bina Malaysia Baharu

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, pembukaan sesi Parlimen ke-14 pada 16 Julai nanti mengesahkan bahawa Malaysia berusaha untuk membina semula negara menjadi Malaysia Baharu dengan perubahan serta keputusan parlimen yang bersejarah.

Kata beliau, Kebangkitan Malaysia pada 9 Mei lalu tidak akan berakhir secara buruk seperi Kebangkitan Arab dan itulah sebabnya mengapa persidangan Parlimen sesi ke-14 dari 16 Julai – 16 Ogos ini sangat penting dan perlu bagi meletakkan batu asas kepada Malaysia Baharu.

“Dua minggu selepas penangguhan persidangan Parlimen, negara akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 pada 31 Ogos dan kemudiannya pada 16 September akan ada sambutan Hari Malaysia yang ke-55.

“Kedua-dua peristiwa ini merupakan peristiwa bersejarah buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi mununjukkan apa yang ada pada Malaysia untuk memulakan proses baharu pembinaan semula bagi mencapai Impian Malaysia menjadi negara berkelas tinggi,” kata beliau dalam kenyataan medianya pada 5 Julai lalu.

Jelas Kit Siang, rakyat Malaysia yang mahukan Malaysia Baharu mesti mempelajari tentang mengapa Kebangkitan Arab berakhir begitu teruk sekali.

Ia kata beliau, disebabkan kebangkitan tersebut tidak diikuti atau gagal merubah institusi bagi membina dan memenuhi harapan rakyat untuk suatu perubahan yang benar-benar bermakna.

Perubahan aman dan bersejarah yang dibuat pada 9 Meli lalu itu jelasnya, akan hilang dan berkubur dalam sejarah jika tidak ada perubahan institusi bagi menyediakan apa yang diperlukan oleh perubahan itu untuk memenuhi harapan rakyat Malaysia pada pilihan raya yang lalu.

4.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 7.0